6 Tips Untuk Membantu Otak Sentiasa Cergas



Memastikan daya ingatan yang kuat dan minda yang sihat selaras dengan peningkatan usia kadangkala menjadi satu cabaran yang besar bagi sesetengah orang. Semakin kita berusia, sesetengah orang mendapati mereka semakin pelupa serta tidak dapat memberi penumpuan terhadap perkara yang mereka lakukan.

Sesetengah orang menganggap kekurangan daya ingatan sebagai lumrah apabila usia meningkat, walau bagaimanapun perkara ini boleh diatasi dengan mengamalkan beberapa tips. Antara tips untuk memastikan daya ingatan sentiasa optimum walaupun umur telah lanjut ialah:

1. Omega 3

memastikan otak kita sentiasa mendapat bekalan omega 3 yang mencukupi. Penyelidikan yang dilakukan di Perancis mendapati mereka yng mengambil Omega 3 dan 6 yang mencukupi, kurang 40 peratus mengalami kehilangan daya ingatan jika dibandingkan dengan mereka yang tidak mengambilnya.

Tubuh badan manusia tidak dapat menghasilkan asid lemak. Oleh yang demikian kita perlu mengambil makanan yang mengandungi Omega 3, 6 dan 9 seperti ikan tuna, salmon, sardine dan mekerel serta lain-lain juga untuk memastikan kita mendapat asid lemak yang mencukupi. Ketidakseimbangan pengambilan Omega 3,6 dan 9 boleh menjejaskan metabolisme sel.

2. Folate Dan Vitamin

Selain daripada itu, kita hendakla memastikan otak mendapat vitamin yang perlu seperti folat, vitamin C, vitamin E dan Niacin bagi menjamin otak dapat berfungsi dengan optimum. Kekurangan vitamin-vitamin ini boleh menjejaskan fungsi otak terutama di kalangan mereka yang telah berumur.

3. Senaman Minda

Sama seperti senaman yang kita lakukan untuk memstikan tubuh badan sentiasa sihat, kita perlu juga membuat senaman minda bagi memastikan ia sentiasa peka dan cergas. Salah satu cara untuk memastikan otak sentiasa sihat ialah dengan mempelajari kemahiran baru sepertibelajar bahasa baru atau menggunakan alat muzik.

Selain daripada itu, anda juga boleh mengamalkan budaya membaca, memebuat teka silang kata, mencuba hobi baru sentiasa mengikut perkembangan dunia dan rajin berkomunikasi dengan orang lain. Dengan cara ini minda kita akan sentiasa aktif dan secara tak langsung akan merangsang perkembangannya.


4. Memastikan fizikal yang cergas

Kajian yang dijalankan mendapati aktiviti fizikal boleh melambatkan penyusutan tahap keaktifan mental. Ini kerana aktiviti fizikal meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh badan termasuk otak dan seterusnya menggalakkan pertumbuhan sel.

Selain daripada itu, aktiviti fizikal ( senaman ) juga boleh membuatkan anda rasa lebih bertenaga. Mulakan tabiat bersenama dengan aktiviti mudah seperti berjalan-jalan mengambil angin petang atau berbasikal sebelum melakukan aktiviti yang lebih berat dan serius. Pastikan anda bersenam untuk tempoh sekurang-kurangnya 30 minit setiap sesi.

5. Mengamalkan diet yang sihat

Amalkan diet yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Banyak di antara buah-buahan dan sayur-sayuran ini mengandungi anti oksidan iaitu sejenis bahan yang boleh melindungi dan menyuburkan otak.

Antioksidan juga boleh membantu menghalang kolesterol daripada merosakkan dinding arteri yang menyebabkan aliran darah menjadi perlahan. Makanan yang kaya dengan antioksidan seperti buah dan sayuran yang mempunyai pelbagai warna seperti buah oren, strawberi, lobak merah, tomato dan keledek.

6. Mengawal tekanan

Pastikan anda menjaga emosi anda dan tidak hidup di dalam tekanan. Ini kerana apabila kita berada di dalam keadaan tertekan, otak kita akan menghasilkan hormone yang boleh menjejaskan otak apabila ia terdedah terlalu  lama.

Vitamin yang membantu kesihatan otak



1.Omega Guard

Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan 3 peringkat yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semula jadi seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Omega Guard mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi-fungsi otak. Satu hidangan Omega Guard menyediakan 990mg asid lemak omega 3.

2. GLA Complex

GLA (asid linolenik gama) merupakan sejenis asid lemak omega-6 yang membantu mengawalatur proses badan yang normal. Ia datang dari sumber minyak benih bunga matahari yang mengandungi vitamin  E yang menyokong sistem imun dan memelihara integrity sel.

2. Lecithin

Lecithin merupakan pengemulsi semulajadi. Akedemi Sains Kebangsaan meenyatakan yang kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya dalam menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan. Kolina adalah suatu komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf. 

Setiap kapsul membekalkan 3.1g kolina yang kaya dengan lestina termasuk 468mg fosfatidikolina dan 282mg fosfatidillinositol. Lecithin diasaskan dari kacang soya.

3. B comp

Kombinasi vitamin B yang hebat seperti B1, B2, B3, B6, B12, Biotin dan Folic Acid. Tekanan hidup, pengambilan ubat-ubatan berunsurkan dadah berupaya meningkatkan risiko pengurangan vitamin B di dalam tubuh. 

Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada dari segi kesihatan  jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi penyaluran tenaga bagi proses metabolism.


4. Vitalea

Supplemen seimbang paling lengkap yang diformulasikan dengan 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Lengkap mempunyai folat, vitamin C, vitamin E dan Niacin. Vitalea mencipta sejarah apabila disokong oleh tujuh kajian klinikal dan menjalani lebih daripada 40 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan keberkesanan produk.


Bagaimana nak dapatkan set ini dengan cepat?

Untuk pembelian dan khidmat nasihat boleh segera hubungi Azie di talian 016-3524104.




Fb: Aziah Abd Ghani
Sid no : 1025553
Cod : Kuala Lumpur Sentral , Sri Damansara, Kepong, Sungai Buloh dan kawasan sekitarnya.

Comments

Popular posts from this blog

Krim Jeragat Paling Berkesan Di Farmasi Kegemaran Anda.

Masalah Kencing Kotor Di Dalam Pantang – Pengalaman Ngeri Ibu

Omega Guard Untuk Mereka Yang Nak Kulit Cantik Dan Pinkish