9 Vitamin Shaklee Untuk Kulit Cantik Dan Sihat


Betul ke boleh makan vitamin Shaklee untuk kulit cantik? Kecantikan fizikal hanya terhad pada kulit. Kecantikan sempurna pula apabila sendi-sendi dan organ dalaman berfungsi dengan baik. melalui kulit dapat didedahkan kesihatan dalaman kita.  




Kulit melindungi kita dari pancaran matahari, bahan-bahan kimia dan bakteria serta radikal bebas. Banyak penyakit yang boleh dilihat kepada kulit. Contohnya kulit yang pucat mengalami kekurangan zat besi,. Kulit mudah lebam pula mungkin disebabkan paras vitamin C yang rendah. Ruang mata yang bengkak menunjukkan gangguan buah pinggang. Kurang tidur juga menyebabkan kulit anda kurang bermaya. Stress biasanya menyebabkan kulit putih atau kelabu.

Apakah vitamin yang sesuai diamalkan untuk kulit cantik?

1. Vitamin A (Caratomax)

Vitamin A membantu memulihkan dan menghilangkan parut jerawat. Ia juga mengelakkan lebihan sel di lapisan kulit di mana ia menjadi tempat sebum berlebihan bergabung dengan sel kulit mati menutupi pori-pori. Amalan makan sayuran hijau yang mengandungi vitamin A seperti bayam membantu membersihkan darah. Ia membantu melancarkan peredaran darah dan mengurangkan tekanan. Secara tidak langsung kulit akan kelihatan lebih berseri dan bersinar.
Vitamin A yang lebih baik ialah Beta karotena. Inilah sumber vitamin A yang baik dan selamat, juga memberikan perlindungan matahari. Beta karotena memberikan perlindungan hebat berpunca dari serangan yang dicetuskan dari sekeliling seperti asap rokok, toksik perindustrian, asap kereta dan pelbagai medium yang lebih kurang sama.

2. Omega-3 (Omega guard Shaklee)

Asid lemak Omega-3 dapat menghindar tekanan dan kemurungan. Ia juga dapat menghalang penuaan dan pertumbuhan jerawat. Omega-3 akan membantu melembapkan kulit dan juga membuatkan rambut sihat dan kuat. Omega guard juga merupakan cara terbaik untuk memperbaiki kulit kering dan melengahkan kedut. Omega guard mengandungi EPA dan DHA.

Asid berlemak ini lebih berkesan pada kulit kita berbanding dengan asid lemak lain. Kebiasaan dari kita suka mendapatkan asid berlemak ini dari ikan air sejuk seperti mackerel, sardine, hadok, tuna air sejuk atau salmon air sejuk. Tetapi ikan jenis ini agak mahal dan tidak semestinya anda suka dengan rasanya.

Jadi Omega Gurad Shaklee jawapannya. Lebih-lebih lagi Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan yang telah ditapis dengan tiga kali tapisan untuk menyaring segala logam berat yang terdapat pada ikan.

3. Protin ( Energizing Soy Protein)

Kulit licin dan kental bergantung kepada protin yang berkualiti tinggi. Protin mengukuh dan menegangkan kulit kerana ia mengandungi banyak gentian elastic yang menjadikan kulit kental. Seringkali setelah anda kehilangan berat badan yang banyak, kulit menjadi sedikit lendut. Jadi langkah terbaik untuk memperbaiki ketegangan kulit ialah melalui protin serta vitamin C dan B Complex.

Protin adalah mustahak bagi kulit kerana kulit itu sebenarnya ialah protin. Ia merupakan protin yang dinamakan keratin. Tanpa protin, nutrien- nutrien lain tidak berkesan.

4. Vitamin B Complex

B Complex ataupun dipanggil Beauty Vits memberikan khasiat kepada kulit dari dalam. Ia melicinkan garis ketegangan serta membantu melaraskan kelenjar tiroid untuk menghasilkan kulit cerah dah halus. Vitamin-vitamin B bertanggungjawab bagi melanin pigmen yang membantu kulit anda menjadi perang. Lebih banyak anda terdedah kepada matahari, lebih banyak banyak vitamin B yang anda perlukan.

B Complex yang tidak mencukupi membuatkan kulit menjadi perang berjalur dan bertompok, dan bukannya kulit perang yang anda inginkan semasa bermandikan pantai. Stress sehari-hari boleh menyusahkan kulit anda. Beberapa anggota B Complex dikenali sebagai ‘vitamin semangat’ kerana ia berguna dalam membantu menangani stress dengan lebih berkesan.

5. Vitamin E Complex

Kebanyakan penuaan awal dapat dielakkan. Vitamin E complex ialah penentang radikal bebas. Ia ketara mengurangkan kadar yang menyebabkan bintik-bintik perang dan lain-lain kerosakan. Pada kes-kes tertentu, kerosakan telah hilang atau dikurangkan dari segi saiz dan bilangan.

Sememangnya masa terbaik untuk mula mengambil vitamin E sebelum kerosakan ini berlaku sama sekali. Sebilangan penyelidik menyifatkan vitamin E sebagai bahan anti penuaan. Berbagai kajian turut menyokong dakwaan positif bagi vitamin E.

Jika anda sedang menggunakan pil perancang, anda perlukan lebih vitamin E. di samping itu, jika anda mendapat bintik-bintik ungu atau lebam tanpa sebarang sebab meskipun mengambil vitamin C secukupnya. Vitamin E yang lebih diperlukan.

6. Vitamin C Sustained

Vitamin C adalah perlu dalam membentuk bahan pelekat yang dinamakan kolagen. Bayangkan sel-sel anda sebagai bata protin yang melekatkan batu- bata yang kukuh ialah kolagen. Tanpa kolagen yang secukupnya, bahan tersebut akan terbocor. Apabila kekurangan vitamin C pula kulit akan berbonggol dan berkedut.

Vitamin C perlu untuk tiroid berfungsi dengan normal. Keadaan tiroid harus baik untuk menjamin kulit yang cerah dan halus. Vitamin C juga merupakan penentang radikal bebas seperti vitamin E. Keduanya bertindak bersama, setiap vitamin mempunyai tugas yang berbeza tetapi tetap melindungi sel. Vitamin E larut dalam lemak dah ia lebih berkesan di bahagian sel berlemak, manakala vitamin C bersifat larut air dan kesannya terbaik di bahagian sel yang berair.

Vitamin C mudah terhapus dengan pencemaran air dan udara. Sebab itu pengambilan vitamin C jenis pembebasan beransur seperti Vitamin C Sustained ini adalah yang terbaik. Ia memberikan pembebasan nutrien tersebut secara teratur selama lima jam.

7. Herbalax

Kulit ialah organ perkumuhan terbesar badan kita. Dengan adanya bahan toksin yang begitu banyak dalam badan yang dikumuhkan, kadangkala kulit kita menjadi terlalu berminyak atau tercela. Ini menyebabkan jerawat dan lain-lain masalah kulit. Oleh itu, memang sangat dicadangkan untuk menggunakan herbalax sekali- sekala.

Herba ini telah lama digunakan sejak permulaan tamadun lagi untuk mendorong pergerakan air besar lebih pantas. Jika anda seseorang yang selalu mengambil diet yang kurang gentian, pastinya kesan herbalax ini meninggalkan kesan positif kepada kulit anda.

8. GLA Complex 

Kebanyakan GLA tersedia di pasaran yang popular berasaskan Evening Primrose Oil (EPO). Manakala GLA Shaklee terhasil dari minyak borage yang mengandungi dua kali ganda GLA dari EPO. Borage juga tiga kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.

GLA adalah sumber terbaik omega-6. Ianya mengabungkan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. GLA mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan dan mencerahkan jeragat.

9. Vivix 

Apabila berkaitan dengan DNA, vitamin yang terbaik pastinya Vivix. Vivix ini merupakan produk supplement revolusi anti penuaan terbaik di dunia. Lebih sejuta botol terjual di seluruh dunia dalam tempoh setahun pengeluarannya.

Vivix melindungi dan memperbaiki sellular DNA. Setiap hari, setiap sel tubuh diserang hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan ini merosakkan pengkalan data genetik dan menghasilkan satu typo yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur.

Di dalam satu penuaan utama, ujian klinikal terbaru menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetic utama yang menolong melambatkan penuaan. Pastinya ia membantu mencantikkan kulit dari dalam.

Pengeluaran tenaga sel yang kian menurun menyebabkan kulit berjeragat lambat pulih. Mitochondria (penjana tenaga) di dalam Vivix meningkatkan tahap tenaga dalam sel. Ramuan Vivix mempunyai 10 kali ganda resveratrol untuk melambatkan pembentukan protin AGE (advanced glycation end product). Ia akan membantu mengelakkan gangguan kerosakan sel.

Pertanyaan / Tempahan

Sila whatsapp ‘ KULIT CANTIK’ ke 016-3524104.

Untuk belian menggunakan kad kredit atau kad debit, sila klik di sini (ESELL)

*pastikan anda menghubungi nombor yang tertera diatas selepas membuat pembelian online. Saya akan berikan cara pengambilan berkesan.

SID : 1025553

COD : Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur Sentral, Kepong, Sungai Buloh dan sekitarnya.




Comments

Popular posts from this blog

Krim Jeragat Paling Berkesan Di Farmasi Kegemaran Anda.

Omega Guard Untuk Mereka Yang Nak Kulit Cantik Dan Pinkish

Masalah Kencing Kotor Di Dalam Pantang – Pengalaman Ngeri Ibu