Cara Cari Duit Lebih Setelah Kontrak Kerja Ditamatkan


Dengan ekonomi yang malap buat masa sekarang, pasti ramai yang nak cari duit lebih kan. Bukan saja suri rumah yang nak mencari pendapatan sendiri malah para professional seperti doctor, jurutera dan ramai lagi mereka yang bekerja hendak mencari pendapatan sampingan.


kerja dari rumah



Apa yang kita fokus bila nak buat bisnes? Biarpun boleh dikatakan ingin memulakan bisnes sampingan, hendakla kita pastikan bisnes yang kita buat itu mempunyai asas yang kukuh. Kalau nak cakap pasal multi level, ramai yang takut. Takut kena tipu. Takut duit melayang, dapat barang takde kualiti. Tapi bolehkah kita bertahan dengan gaji tetap setiap bulan, perbelanjaan melebihi gaji sehingga terpaksa swap kad kredit. Ataupun suri rumah yang hanya berfungsi menunggu suami pulang dari kerja sahaja.

kerja dari rumah


Macam Azie sendiri, tujuh tahun lepas memang terasa nak berhenti kerja kerana nak menjaga anak dengan tangan sendiri. Suami tidak memberikan apa-apa keputusan. Katanya ikut sukala. Tapi pada masa yang sama kami masi lagi menggunakan saga keluaran 1983, dah masih tinggal di rumah flat tingkat lima. Flat yang tak ada lift pula tu. Ya Allah, memang hati membuak-buak nak berhenti tapi pada masa yang sama masih belum puas dengan harta duniawi.

Ok, Azie terus bekerja macam biasa. Sehingga dapat membeli kereta yang agak selesa sewaktu mengandungkan anak ke2. Alhamdulillah rezeki anak. Selepas melahirkan anak ke-3 pula, dapatla kami membeli sebuah rumah di tingkat bawah flat kami. Kemudian Azie mula berfikir semula untuk berenti kerja dan menjaga anak sendiri. Tapi perbelanjaan semakin bertambah. Bagaimana?

Anak sulung, Haziq selalu bertanya, bila ibu akan duduk di rumah. Inshaallah, doakan ibu murah rezeki yer nak. Pada tahun 2016, Azie fokus gila-gila pada Shaklee. Tujuan utama ialah untuk dapatkan masa bersama keluarga semula. Alhamdulillah, biarpun banyak cubaan dan rintangan. Kena ambil B Com lebih untuk atasi stress ini. Hehe…


kerja dari rumah

Kenapa Shaklee? Multi level marketing merupakan satu konsep kita menggunakan sesuatu produk dan menyampaikan kebaikannya kepada orang lain. Dan orang yang kita sampaikan itu, akan menceritakan pula kepada orang lain. Itula konsep multi level marketing sebenarnya.
Shaklee merupakan syarikat multi level marketing yang telah ditubuhkan sejak tahun 1956 lagi. Ia tetap kukuh sehingga sekarang. Pada zaman sekarang ni, kesedaran masyarakat tentang kepentingan makanan tambahan tinggi. Oleh itu, pasaran sangat meluas. Di tambah pula dengan dengan sistem Shaklee yang memudahkan agentnya.

Jika menjadi agen Shaklee, apa yang boleh anda lakukan? Setelah menjadi agen, anda akan dilatih melalui group Whatsapp, FB, offline, Telegram dan pelbagai medium yang ada. Tujuannya supaya anda mahir dengan ilmu produk dan menyebarkan ilmu produk kepada orang lain pula. Jika ada orang yang order dari anda, boleh order melalui Shakleeu2.com . Ini juga sangat memudahkan Azie sendiri kerana tidak perlu ke branch untuk membeli produk dan menghantarnya sendiri. Mudah bukan?

Boleh dikatakan anda menjalankan perniagaan ini secara online 100% juga.
Azie memang suka konsep seperti ini kerana masa memang banyak dihabiskan di rumah untuk menguruskan anak-anak. Walau bagaimanapun, jika berada di kawasan terdekat, masih boleh menghantarnya juga. Terpulang kepada cara kita untuk menguruskan perniagaan kita sendiri.
Anda suka dengan perniagaan ini? Nak dengar lebih lagi?

Boleh hubungi Azie di 016- 3524104. Masa tidak menunggu anda. Jadikan antara yang terawal untuk melakukan perniagaan ini.

Salam sayang.

SID :1025553
COD : Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur Sentral, Kepong , Bandar Sungai buloh dan sekitarnya.


Comments

Popular posts from this blog

Krim Jeragat Paling Berkesan Di Farmasi Kegemaran Anda.

Omega Guard Untuk Mereka Yang Nak Kulit Cantik Dan Pinkish

Masalah Kencing Kotor Di Dalam Pantang – Pengalaman Ngeri Ibu