Bisnes Yang Menguntungkan Tanpa Perlu Menyimpan Stok Yang Banyak
Bolehkah dapat bisnes yang menguntungkan tanpa perlu
menyimpan stok yang banyak ? Macam Azie sendiri mempunyai pengalaman menjual
cadar patchwork yang berat tu. Selain dari cadar patchwork, Azie juga meniaga
kain telekung Vietnam dan kain pasang. Jadi boleh bayangkan berapa banyak ruang
yang diperlukan untuk menyimpan stok.
Tapi yang agak susah juga terpaksa membawa stok itu ke sana
sini untuk ditunjukkan jika pelanggan nak lihat terlebih dahulu. Azie nak
sharing sedikit sewaktu mengandungkan anak ke-3. Waktu tu memang Azie dah ambik
set menyusu dan terus makan sewaktu mengandungi. Memang tidak terasa penat
malah sangat aktif.
Sejak awal mengandung lagi, Azie kuat berjalan. Naik turun
tangga tingkat 5 sambil mendukung anak no.2 yang baru berumur setahun lebih.
Malah bila stok sampai, membawa pula cadar ke hulu ke hilir. Akibatnya sewaktu
kandungan berumur 7 bulan, Azie mengalami pendarahan. Agak takut juga kerana
belum pernah kejadian seperti in berlaku. Bila dirujuk kepada hospital,
sememangnya cara hidup yang lasak juga menyumbang kepada pendarahan. Uri sudah
berada di bawah, plasenta previa stage 3.
Nak salahkan vitamin yang buatkan Azie jadi terlalu sihat
hingga lupa diri mengandung? Mungkin juga. Hahaha… tetapi jika tidak di jaga
ketika kandungan memang kadangkala mengalami masalah juga.
Ini salah satu contoh perniagaan yang Azie buat sebelum ini.
Sememangnya boleh mendapat income empat angka kerana Azie mendapat barang terus
dari kilang. Setelah nilai ringgit jatuh, keuntungan semakin sedikit.
Bagaimana dengan perniagaan Shaklee sekarang? Berbanding
dengan modal ribuan ringgit untuk mendapatkan stok cadar tadi, Azie cuma
mengeluarkan RM79.50 untuk menjadi ahli. Tiada stok yang dibekalkan. Setelah
mendapat keahlian, Azie berjumpa dengan kawan-kawan yang pernah makan Shaklee
tapi susah nak dapatkan stok. Bermula dari situ, Azie mengumpul order.
Untuk anda yang baru bermula dan kurang mempunyai modal,
boleh promosikan dahulu produk kegemaran anda. Maksudnya di sini, produk
kegemaran ni merupakan produk yang kita sendiri makan. Jadi kongsi dengan orang
ramai pengalaman kita mengamalkan produk kita. Itu salah satu yang menarik
perhatian ramai.
Bila pelanggan membuat order dan pembayaran dahulu, bolehla
kita order online. Jadi tidak perlu menyimpan stok yang banyak, biar Shaklee
yang simpankan. Konsep ini sangat mudah seperti dropshipping. Jadi anda tidak
perlu fikir pasal stok tiada di tangan, ataupun nak pergi beratur di pejabat
pos. segalanya mudah. Malah kos penghantaran yang berpatutan cukup melegakan
peniaga kecil seperti kami. Segalanya lengkap dengan sistem Shaklee2u.com.
Apa yang anda perlukan? Line internet yang boleh melayari
website dan kad bank yang aktif. Itu sahaja. Macam Azie sendiri selalu membuat
pembelian online untuk dihantar kepada pelanggan. Bukan sahaja memudahkan kita
kerana tidak perlu ke pejabat pos, malah pelanggan puas hati kerana barang yang
dipesan tiba dengan cepat kerana Shaklee menggunakan syarikat kurier Gdex dan
City link untuk menghantar barang pesanan. Vitamin Shaklee akan dibungkus
dengan kemas dan diinsurankan sebelum dihantar.
Jadi anda boleh nampak bisnes Shaklee ini tidak perlu
menyimpan stok yang banyak jika anda banyak membuat penjualan online. Jika ada
modal untuk memegang stok di tangan, anda masih boleh membeli stok juga. Selalunya
stok yang Azie beli juga menggunakan kurier kerana kesukaran hendak keluar ke
branch berdekatan. Biarpun dekat, tetapi kekangan masa selalu menjadi halangan
untuk keluar. Jika membuat order Shaklee pada pagi ini, esok dah dapat barang. Tidak
perlu menunggu sehingga hujung bulan untuk mengambil stok. Dan juga income yang Azie dapat lebih banyak dari menjual cadar dahulu. Alhamdulillah.
Anda jelas ? berminat untuk mencari pendapatan tambahan
ketika sibuk melayan anak? Mencari pendapatan tambahan ketika sibuk bekerja?
Whatsapp Azie di 016-3524104.
Salam sayang
SID : 1025553
COD : Bandar Sri Damansara , Kuala Lumpur Sentral, Kepong
Sentral, Kepong, sekitar Sungai Buloh dan kawasan sekitar. Pos ke seluruh
Malaysia.
Comments
Post a Comment