Nama Group Shaklee Yang Memberi Impak Besar
Nama group Shaklee yang memberi
impak besar yang Azie pillih untuk group Azie ialah Sunshine Family. Sunshine
family memberikan makna seperti cahaya matahari tidak pernah gagal menyinarkan
cahayanya. Cahaya matahari juga memberikan kehidupan kepada makhluk di bumi. Ia
memberikan manfaat kepada insan lain.
Apa aktiviti Sunshine
Family.Untuk masa ini,ahli Sunshine family telah mencecah seramai 20 orang. Banyak
juga aktiviti yang dirancang untuk membantu ahli kumpulan. Pada tahun 2017 ini,
plan aktiviti telah disediakan. Nak tau aktiviti Sunshine Family?
1. Kelas Pengukuhan Vitamin.
Apakah kelas pengukuhan ini? Jangan
ingat budak sekolah saja ada kelas pengukuhan. Kami pun ada. Kelas pengukuhan
vitamin ini untuk ahli-ahli yang makan sendiri dan juga yang berniaga. Untuk ahli
yang makan sendiri, di dalam kelas ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut
fungsi vitamin yang mereka makan. Ini juga membolehkan mereka mengetahui fungsi
setiap vitamin tersebut. Mungkin boleh juga dicadangkan kepada kawan dan
keluarga terdekat.
Kelas pengukuhan untuk ahli yang
berniaga pula akan memberikan latihan kepada ahli belajar bercakap di depan
pelanggan dengan lebih yakin. Mereka juga akan mendapat ilmu baru yang selalunya
tiada di dalam buku seperti cara dan ayat yang sesuai untuk memujuk pelanggan
membeli produk ini. Bukan sebarang pujuk tetapi pujuk dengan ilmu.
potluck santai dan membuat timbangan karada. |
2. Pot Luck Santai Ataupun Home
Party
Pot luck santai biasanya akan
melibatkan kawan-kawan yang bukan ahli untuk mengetahui lebih lanjut mengenai
Shaklee. Di samping aktiviti berbual-bual santai bersama pakar nutrisi yang
dijemput, akan diadakan timbangan karada yang digunakan untuk menimbang berat
dan juga lemak lemak di dalam badan. Penimbang ini juga akan mengenal pasti masalah
tubuh seseorang dan pakar nutrisi akan mencadangkan diet yang sesuai.
3. Green Day With Shaklee Di
Taman Awam
Sejujurnya Azie teringin sekali
melaksanakan Green Day With Shaklee di taman-taman berdekatan. Ini untuk
memupuk masyarakat yang mengamalkan cara hidup sihat bukan sahaja dengan
bersenam malah menjaga pemakanan yang betul. Pengambilan vitamin Shaklee
merupakan satu alternatif untuk mengamalkan cara pemakanan yang betul. Shaklee
bukan seperti ubat yang bertujuan merawat dengan bahan kimia.
Shaklee menggunakan bahan semula
jadi dari seluruh dunia untuk mendapatkan hasil yang terbaik kepada setiap
produknya. Malah Shaklee juga mengadakan research yang secukupnya sebelum
mengeluarkan sebarang produk baru. Ini kerana nak menjamin kesihatan para
pengguna. Inshaallah dalam tahun 2017 ini akan diadakan satu hari Green Day
untuk mendekati masyarakat di luar sana mengenai kepentingan menggunakan produk
yang berkualiti dan bermutu tinggi.
4. Bermesyuarat melalui group
Whatsapp
Kebanyakan Ahli Sunshine Family
merupakan suri rumah dan jika yang bekerjapun sukar untuk bertemu mata. Jadi kami
membuat aktiviti diskusi melalui Whatsapp sahaja. Ini melibatkan semua ahli
untuk membuat diskusi mengenai masalah ketika berniaga ataupun masalah ketika
makan sendiri vitamin. Malah boleh juga
berkongsi tips-tips yang berguna bersama-sama.
Dengan Ahli yang seramai dua
puluh orang ni, sememangnya Azie masih mencari ramai suri rumah yang nak
menjaga kesihatan keluarga di samping membantu suami mencari pendapatan lebih.
Jika anda salah seorang dari mereka
yang memerlukan kerja dari rumah, boleh hubungi Azie di 016 – 3524104.
Salam sayang
SID : 1025553
COD : Bandar Sri Damansara, Kuala
Lumpur Sentral, Kepong, Sungai Buloh dan kawasan sekitar.
Waah hebt la sunshine
ReplyDeleteMemang kompem terus bersinar
terima kasih puan Aziyana. Inshaallah..
ReplyDelete